Abdullah ibn Saba': Fitnah Kubra Terhadap Syi'ahDeprecated: Function eregi_replace() is deprecated in /home/idalshia/public_html/page.php on line 99 Deprecated: Function split() is deprecated in /home/idalshia/public_html/page.php on line 103 (Terjemahan dari Jurnal Al-Tawhid,
Vol.IV, No.4, 1407H, hlm.158-160)
Tuduhan bahawa madzhab syiah adalah ajaran daripada si
Yahudi yang bernama Abdullah bin Saba' telah lama diketengahkan kepada masyarakat
Islam dan semacam sudah sebati dengan masyarakat bahawa syiah adalah ajaran
Yahudi Abdullah ibn Saba' yang berpura-pura memeluk Islam tetapi bertujuan
untuk menghancurkan pegangan aqidah umat Islam. Beliau dikatakan mempunyai madzhab Saba'iyyah mengemukakan
teori Ali adalah wasi Muhammad SAWA. Abdullah ibn Saba' juga dikenali dengan
nama Ibn al-Sawda' atau ibn 'Amat al-Sawda'- anak kepada wanita kulit hitam.
Pada hakikatnya cerita Abdullah ibn Saba' adalah satu dongengan semata-mata. Allamah Murtadha Askari telah mengesan dan membuktikan
bahawa cerita Abdullah ibn Saba' yang terdapat dalam versi sunni adalah
bersumberkan dari Al-Tabari (w.310H/922M), Ibn Asakir (w571H/1175M), Ibn Abi
Bakr (w741H/1340M) dan al-Dhahabi (w747H/1346M). Mereka ini sebenarnya telah
mengambil cerita Abdullah ibn Saba' dari satu sumber iaitu Sayf ibn Umar dalam
bukunya al-Futuh al-kabir wa al-riddah dan al-Jamal wal-masir Aishah wa Ali
[Murtadha Askari, Abdullah ibn Saba' wa digar afsanehaye tarikhi, Tehran, 1360
H]. Sayf adalah seorang penulis yang tidak dipercayai oleh
kebanyakan penulis-penulis rijal seperti Yahya ibn Mu'in (w233/847H), Abu Dawud
(w275H/888M), al-Nasai (w303H/915M), Ibn Abi Hatim (w327H/938M), Ibn al-Sukn
(w353H/964M), Ibn Hibban (w354H/965M), al-Daraqutni (w385H/995M), al-Hakim
(w405H/1014M), al-Firuzabadi (w817H/1414M), Ibn Hajar (w852H/1448M), al-Suyuti
(w911H/1505M, dan al-Safi al-Din (w923H/1517M). Abdullah ibn Saba', kononnya seorang Yahudi yang memeluk
Islam pada zaman Uthman, dikatakan seorang pengikut Ali yang setia. Dia
mengembara dari satu tempat ke satu tempat untuk menghasut orang ramai supaya
bangun memberontak menentang khalifah Uthman. Sayf dikatakan sebagai pengasas
ajaran Sabaiyyah dan pengasas madzhab ghuluww (sesat). Menurut Allamah Askari
watak Abdullah ibn Saba' ini adalah hasil rekaan Sayf yang juga telah mencipta
beberapa watak, tempat, dan kota khayalan. Dari cerita Sayf inilah beberapa
orang penulis telah mengambil cerita Abdullah ibn Saba' tersebut seperti Said
ibn Abdullah ibn Abi Khalaf al-Ashari al-Qummi (w301H/913M) dalam bukunya
al-Maqalat al-Firaq, al-Hasan ibn Musa al-Nawbakhti (w310H/922M) dalam bukunya
Firaq al-Shiah, dan Ali ibn Ismail al-Ashari (w324H/935M) dalam bukunya Maqalat
al-Islamiyyin. Allamah al-Askari mengesan cerita Abdullah ibn Saba' dari
riwayat syiah dari Rijal oleh al-Kashshi. Al-Kashshi telah meriwayatkan dari
sumber Sa'd ibn Abdullah al-Ashari al-Qummi yang menyebut bahawa Abdullah ibn
Saba' mempercayai kesucian Ali sehingga menganggapnya sebagai nabi. Mengikut
dua riwayat ini, Ali AS memerintahkannya menyingkirkan fahaman tersebut, dan
disebabkan keengganannya itu Abdullah ibn Saba telah dihukum bakar hidup-hidup
(walau bagaimanapun menurut Sa'd ibn Abdullah Ali telah menghalau Ibn Saba' ke
Madain dan di sana dia menetap sehingga Ali AS menemui kesyahidannya. Pada
ketika ini Abdullah ibn Saba' mengatakan Ali AS tidak wafat sebaliknya akan
kembali semula ke dunia). Al-Kashshi, selepas meriwayatkan lima riwayat yang
berkaitan dengan Abdullah ibn Saba' menyatakan bahawa tokoh ini didakwa oleh
golongan Sunni sebagai orang yang pertama yang mengisytiharkan Imamah Ali AS. Allamah Askari menyatakan bahawa hukuman bakar hidup-hidup
adalah satu perkara bida'ah yang bertentangan dengan hukum Islam sama ada dari
madzhab Syi'ah atau Sunnah. Kisah tersebut pula tidak pernah disebut oleh tokoh-tokoh
sejarah yang masyhur seperti Ibn al-Khayyat, al-Yakubi, al-Tabari, al-Masudi,
Ibn Al-Athir, ibn Kathir atau Ibn Khaldun. Peranan yang dimainkan oleh Abdullah
ibn Sabak' sebelum berlakunya peristiwa pembunuhan Uthman atau pada zaman
pemerintahan Imam Ali AS telah tidak disebut oleh penulis-penulis yang terawal
seperti Ibn Sa'd (w230H/844M0, al-Baladhuri (w279H/892M) atau al-Yaqubi. Hanya
al-Baladhuri yang sekali sehaja menyebut namanya dalam buku Ansab al-Ashraf
ketika meriwayatkan peristiwa pada zaman Imam Ali AS berkata: " Hujr ibn
Adi al-Kindi, Amr ibn al-Hamiq al-Khuzai, Hibah ibn Juwayn al-Bajli al-Arani,
dan Abdullah ibn Wahab al-Hamdani - ibn Saba' datang kepada Imam Ali AS dan
bertanya kepada Ali AS tentang Abu Bakr dan Umar..." Ibn Qutaybah
(w276H/889M) dalam bukunya al-Imamah wal-Siyasah dan al-Thaqafi (w284H/897M)
dalam al-Gharat telah menyatakan peristiwa tersebut. Ibn Qutaybah memberikan
identiti orang ini sebagai Abdullah ibn Saba'. Sa'd ibn Abdullah al-Ashari dalam bukunya al-Maqalat
wal-Firaq menyebutkan namanya sebagai Abdullah ibn Saba' pengasas ajaran
Saba'iyyah - sebagai Abdullah ibn Wahb al-Rasibi. Ibn Malukah (w474H/1082M)
dalam bukunya Al-Ikmal dan al-Dhahabi (w748H/1347M) dalam bukunya al-Mushtabah
ketika menerangkan perkataan 'Sabaiyyah ', menyebut Abdullah ibn Wahb
al-Saba'i, sebagai pemimpin Khawarij. Ibn Hajar (w852H/1448M) dalam Tansir
al-Mutanabbih menerangkan bahawa Saba'iyyah sebagai ' satu kumpulan Khawarij
yang diketuai oleh Abdullah ibn Wahb al-Saba'i'. Al-Maqrizi (w848H/1444M) dalam
bukunya al-Khitat menamakan tokoh khayalan Abdullah ibn Saba' ini sebagai
'Abdullah ibn Wahb ibn Saba', juga dikenali sebagai Ibn al-Sawda' al-Saba'i.' Allamah Murtadha Askari telah mengesan dan membuktikan
bahawa cerita Abdullah ibn Saba' yang terdapat dalam versi sunni adalah
bersumberkan dari Al-Tabari (w.310H/922M), Ibn Asakir (w571H/1175M), Ibn Abi
Bakr (w741H/1340M) dan al-Dhahabi (w747H/1346M). Mereka ini sebenarnya telah
mengambil cerita Abdullah ibn Saba' dari satu sumber iaitu Sayf ibn Umar dalam
bukunya al-Futuh al-kabir wa al-riddah dan al-Jamal wal-masir Aishah wa Ali
[Murtadha Askari, Abdullah ibn Saba' wa digar afsanehaye tarikhi, Tehran, 1360
H]. Sayf adalah seorang penulis yang tidak dipercayai oleh
kebanyakan penulis-penulis rijal seperti Yahya ibn Mu'in (w233/847H), Abu Dawud
(w275H/888M), al-Nasai (w303H/915M), Ibn Abi Hatim (w327H/938M), Ibn al-Sukn
(w353H/964M), Ibn Hibban (w354H/965M), al-Daraqutni (w385H/995M), al-Hakim
(w405H/1014M), al-Firuzabadi (w817H/1414M), Ibn Hajar (w852H/1448M), al-Suyuti
(w911H/1505M, dan al-Safi al-Din (w923H/1517M). Abdullah ibn Saba', kononnya seorang Yahudi yang memeluk
Islam pada zaman Uthman, dikatakan seorang pengikut Ali yang setia. Dia
mengembara dari satu tempat ke satu tempat untuk menghasut orang ramai supaya
bangun memberontak menentang khalifah Uthman. Sayf dikatakan sebagai pengasas
ajaran Sabaiyyah dan pengasas madzhab ghuluww (sesat). Menurut Allamah Askari
watak Abdullah ibn Saba' ini adalah hasil rekaan Sayf yang juga telah mencipta
beberapa watak, tempat, dan kota khayalan. Dari cerita Sayf inilah beberapa
orang penulis telah mengambil cerita Abdullah ibn Saba' tersebut seperti Said
ibn Abdullah ibn Abi Khalaf al-Ashari al-Qummi (w301H/913M) dalam bukunya
al-Maqalat al-Firaq, al-Hasan ibn Musa al-Nawbakhti (w310H/922M) dalam bukunya
Firaq al-Shiah, dan Ali ibn Ismail al-Ashari (w324H/935M) dalam bukunya Maqalat
al-Islamiyyin. Allamah al-Askari mengesan cerita Abdullah ibn Saba' dari
riwayat syiah dari Rijal oleh al-Kashshi. Al-Kashshi telah meriwayatkan dari
sumber Sa'd ibn Abdullah al-Ashari al-Qummi yang menyebut bahawa Abdullah ibn
Saba' mempercayai kesucian Ali sehingga menganggapnya sebagai nabi. Mengikut
dua riwayat ini, Ali AS memerintahkannya menyingkirkan fahaman tersebut, dan
disebabkan keengganannya itu Abdullah ibn Saba telah dihukum bakar hidup-hidup
(walau bagaimanapun menurut Sa'd ibn Abdullah Ali telah menghalau Ibn Saba' ke
Madain dan di sana dia menetap sehingga Ali AS menemui kesyahidannya. Pada
ketika ini Abdullah ibn Saba' mengatakan Ali AS tidak wafat sebaliknya akan
kembali semula ke dunia). Al-Kashshi, selepas meriwayatkan lima riwayat yang
berkaitan dengan Abdullah ibn Saba' menyatakan bahawa tokoh ini didakwa oleh
golongan Sunni sebagai orang yang pertama yang mengisytiharkan Imamah Ali AS. Allamah Askari menyatakan bahawa hukuman bakar hidup-hidup
adalah satu perkara bida'ah yang bertentangan dengan hukum Islam sama ada dari
madzhab Syi'ah atau Sunnah. Kisah tersebut pula tidak pernah disebut oleh tokoh-tokoh
sejarah yang masyhur seperti Ibn al-Khayyat, al-Yakubi, al-Tabari, al-Masudi,
Ibn Al-Athir, ibn Kathir atau Ibn Khaldun. Peranan yang dimainkan oleh Abdullah
ibn Sabak' sebelum berlakunya peristiwa pembunuhan Uthman atau pada zaman
pemerintahan Imam Ali AS telah tidak disebut oleh penulis-penulis yang terawal
seperti Ibn Sa'd (w230H/844M0, al-Baladhuri (w279H/892M) atau al-Yaqubi. Hanya
al-Baladhuri yang sekali sehaja menyebut namanya dalam buku Ansab al-Ashraf
ketika meriwayatkan peristiwa pada zaman Imam Ali AS berkata: " Hujr ibn
Adi al-Kindi, Amr ibn al-Hamiq al-Khuzai, Hibah ibn Juwayn al-Bajli al-Arani,
dan Abdullah ibn Wahab al-Hamdani - ibn Saba' datang kepada Imam Ali AS dan
bertanya kepada Ali AS tentang Abu Bakr dan Umar..." Ibn Qutaybah
(w276H/889M) dalam bukunya al-Imamah wal-Siyasah dan al-Thaqafi (w284H/897M)
dalam al-Gharat telah menyatakan peristiwa tersebut. Ibn Qutaybah memberikan identiti orang ini sebagai Abdullah
ibn Saba'. Sa'd ibn Abdullah al-Ashari dalam bukunya al-Maqalat wal-Firaq
menyebutkan namanya sebagai Abdullah ibn Saba' pengasas ajaran Saba'iyyah -
sebagai Abdullah ibn Wahb al-Rasibi. Ibn Malukah (w474H/1082M) dalam bukunya
Al-Ikmal dan al-Dhahabi (w748H/1347M) dalam bukunya al-Mushtabah ketika
menerangkan perkataan 'Sabaiyyah ', menyebut Abdullah ibn Wahb al-Saba'i,
sebagai pemimpin Khawarij. Ibn Hajar (w852H/1448M) dalam Tansir al-Mutanabbih
menerangkan bahawa Saba'iyyah sebagai ' satu kumpulan Khawarij yang diketuai
oleh Abdullah ibn Wahb al-Saba'i'. Al-Maqrizi (w848H/1444M) dalam bukunya
al-Khitat menamakan tokoh khayalan Abdullah ibn Saba' ini sebagai 'Abdullah ibn
Wahb ibn Saba', juga dikenali sebagai Ibn al-Sawda' al-Saba'i.' Allamah Askari mengemukakan rasa kehairannya bahawa tidak
seorang pun daripada para penulis tokoh Abdullah ibn Saba' ini menyertakan
nasabnya - satu perkara yang agak ganjil bagi seorang Arab yang pada zamannya
memainkan peranan yang penting. Penulis sejarah Arab tidak pernah gagal
menyebutkan nasab bagi kabilah-kabilah Arab yang terkemuka pada zaman awal
Islam tetapi dalam kisah Abdullah ibn Saba' , yang dikatakan berasal dari San'a
Yaman, tidak dinyatakan kabilahnya. Allamah Askari yakin bahawa Ibn Saba' dan golongan
Sabai'yyah adalah satu cerita khayalan dari Sayf ibn Umar yang ternyata turut
menulis cerita-cerita khayalan lain dalam bukunya. Walau bagaimanapun, nama
Abdullah ibn Wahb ibn Rasib ibn Malik ibn Midan ibn Malik ibn Nasr al-Azd ibn
Ghawth ibn Nubatah in Malik ibn Zayd ibn Kahlan ibn Saba', seorang Rasibi, Azdi
dan Saba'i adalah pemimpin Khawarij yang terbunuh dalam Peperangan Nahrawan
ketika menentang Imam Ali AS. Nampaknya kisah tokoh Khawarij ini telah diambil oleh
penulis kisah khayalan itu untuk melukiskan watak khayalan yang menjadi orang
pertama mengiystiharkan Imamah Ali AS. Watak ini tiba-tiba muncul untuk
memimpin pemberontakan terhadap khalifah Uthman, menjadi dalang mencetuskan
Perang Jamal, mengisytiharkan kesucian Ali AS, kemudian dibakar hidup-hidup
oleh Ali AS atau dihalau oleh Ali AS dan tinggal dalam buangan seterusnya
selepas kewafatan Imam Ali AS, mengisytiharkan kesucian Ali AS dan Ali akan
hidup kembali dan orang yang pertama bercakap dengan lantang tentang
musuh-musuh Ali AS. Menurut Allamah Askari, perkataan Saba'iyyah adalah
berasal-usul sebagai satu istilah umum untuk kabilah dari bahagian selatan
Semenanjung Tanah Arab iaitu Bani Qahtan dari Yaman. Kemudian disebabkan banyak
daripada pengikut-pengikut Imam Ali bin Abi Talib AS berasal dari Yaman seperti
Ammar ibn Yasir, Malik al-Ashtar, Kumayl ibn Ziyad, Hujr ibn Adi, Adi ibn
Hatim, Qays ibn Sa'd ibn Ubadah, Khuzaymah ibn Thabit, Sahl ibn Hunayf, Uthman
ibn Hunayf, Amr ibn Hamiq, Sulayman ibn Surad, Abdullah Badil, maka istilah
tersebut ditujukan kepada para penyokong Ali AS ini. justeru, Ziyad ibn Abihi
pada suatu ketika mendakwa Hujr dan teman-temannya sebagai 'Saba'iyyah.' Dengan
bertukarnya maksud istilah, maka istilah itu juga turut ditujukan kepada
Mukhtar dan penyokong-penyokongnya yang juga terdiri daripada puak-puak yang
berasal dari Yaman. Selepas kejatuhan Bani Umayyah. istilah Saba'iyyah telah
disebut dalam ucapan Abu al-Abbas Al-Saffah, khalifah pertama Bani Abbasiyyah,
ditujukan kepada golongan Syi'ah yang mempersoalkan hak Bani Abbas sebagai khalifah. Walau bagaimanapun Ziyad mahupun Al-Saffah tidak mengaitkan
Saba'iyyah sebagai golongan yang sesat. Malahan Ziyad gagal mendakwa bahawa
Hujr bin Adi dan teman-temannya sebagai golongan sesat. Istilah Saba'iyyah
diberikan maksudnya yang baru oleh Sayf ibn Umar pada pertengahan kedua tahun
Hijrah yang menggunakannya untuk ditujukan kepada golongan sesat yang kononnya
diasaskan oleh tokoh khayalan Abdullah ibn Saba'. |