Persamaan dan Perbedaan Ahlul Sunnah dan SyiahDeprecated: Function eregi_replace() is deprecated in /home/idalshia/public_html/page.php on line 99 Deprecated: Function split() is deprecated in /home/idalshia/public_html/page.php on line 103 Seringkali kita membaca di akhbar-akhbar atau mendengar
orang membicarakan mengenai Syiah, tetapi kebanyakan gambaran yang diberikan
kurang jelas, kabur, dan negatif. Malah, ada yang mengatakan dengan sewenang-wenangnya
bahwa syiah itu kafir kerana terkeluar dari madzhab empat ahlul sunnah tanpa
membedakan antara Syiah yang diakui dan Syiah yang ghulat (menyeleweng). Mereka menyatakan Syiah mempercayai saidina Ali as separuh
Tuhan, menganggap guruh dan petir itu suara Ali,mempercayai imam-imam 12 itu
lebih baik dari para malaikat yang muqarrabun kepada Tuhan, menggunakan mushaf
al-Quran lain dari mushaf Uhtman dan lain-lain. Justeru itu mereka membuat kesimpulan bahwa Syiah itu kafir.
Mereka menegaskan bahwa memerangi Syiah itu mesti diutamakan daripada memerangi
Yahudi. Padahal Yahudi tidak pernah membedakanya musuhnya sama ada Sunnah atau
Syiah. Sikap ini lahirnya dari sifat fanatik, pengetahuan yang
tidak mendalam, membuat rujukan hanya kepada orang tertentu yang fanatik atau
kitab-kitab tertentu yang ditulis khas untuk melahirkan permusuhan di kalangan
umat Islam. Perkataan Syiah (mufrad) disebut sebanyak empat kali dalam
al-Qur'an dan ia memberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah
as-Saffat: 83-84, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan sesungguhnya Ibrahim
benar-benar termasuk Syiahnya (golongannya), ingatlah ketika ia datang kepada
Tuhannya dengan hati yang suci". Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman Tuhan yang
bermaksud,"Kemudian pasti Kami tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi)
siapa antara mereka yang sangat derhaka kepada Tuhan yang Maha Pemurah". Ketiga dan keempat dalah Surah al-Qasas: 15, firman Tuhan
yang bermaksud,"Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang
lengah, maka didapatinya dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi; yang
seorang dari golonganya (Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari
musuhnya (Syiatihi) meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang
dari musuhnya". Sementara itu, ada perkataan Syiah dalam Hadis Nabi SAW
lebih dari tiga kali, antaranya disebut oleh Imam as-Suyuti dalam tafsirnya
Durr al-Manthur, Beirut, Jilid 6, hal.379 - Surah al-Bayyinah, Nabi SAW
bersabda:"Wahai Ali, engkau dan Syiah engkau (golongan engkau) di Hari Kiamat
nanti keadaannya dalam redha dan diredhai", dan sabdanya lagi: "Ini
(Ali) dan Syiahnya (golongannya) (bagi) mereka itulah yang mendapat kemenangan
di Hari Kiamat nanti". Dengan ini kita dapati bahwa perkataan Syiah itu telah
disebutkan dalam al-Qur'an dan Hadis Nabi SAW. Yang dimaksudkan dengan Syiah yang menyeleweng ialah Syiah
yang selain daripada Imamiyyah/Ja'fariyyah dan Zaidiyyah. Mereka diringkaskan
sebagai ghulat. Imam al-Ghazali dalam bukunya Mustazhiri menentang keras
Syiah ghulat kerana ia mengandungi pengajaran Batiniah. Imam Ja'far as-Sadiq AS
pula menyatakan Syiah ghulat tidak boleh dikahwini dan diadakan sebarang urusan
keagamaan kerana aqidah mereka bertentangan dengan al-Qur'an dan Hadis. Pengertian umum, Ahlul Sunnah ialah sesiapa yang mengikut
Sunnah Nabi SAW kemudian ia dihimpun kepada empat madzhab fiqh yang diketuai
oleh Imam Malik yang lahir pada tahun 95 Hijrah dan meninggal tahun 179 Hijrah,
Abu Hanifah yang lahir tahun 80 Hijrah dan meninggal tahun 150 Hijrah, Syafie
yang lahir tahun 150 Hijrah dan meninggal tahun 204 Hijrah, dan Ibnu Hanbal
yang lahir tahun 164 Hijrah dan meninggal tahun 241 Hijrah. Di segi teologi, ia dihimpunkan kepada dua madzhab yang
diketuai oleh A-Asy'ari yang dilahirkan tahun 227 Hijrah dan meninggal setelah
tahun 330 Hijrah dan al-Maturidi yang lahir 225 Hijrah dan meninggal 331
Hijrah? Adalah suatu kenyataan bahwa orang di tiga abad pertama (di
permulaan sejarah Islam) secara mutlak tidak pernah berpegang kepada mana-mana
madzhab itu. Dan madzhab-madzhab itu tidak wujud pada tiga abad pertama,
padahal itu adalah masa-masaa yang terbaik. Hampir dua abad selepas lahirnya madzhab-madzhab empat,
kedudukan pengikut-pengikut mereka dilanda perpecahan dan masing-masing
mendakwa madzhab merekalah yang terbaik. Az-Zamakshari yang lahir 467 Hijrah bersamaan 1075 Masehi
dan meninggal 537 Hijrah bersamaan 114 Masehi, seorang Hanafi, telah
menggambarkan kedudukan madzhab Empat/Ahlul Sunnah pada masa itu seperti
berikut: Jika mereka bertanya tentang madzhabku, Ini adalah sebagian daripada gambaran fanatik yang berlaku
di kalangan madzhab-madzhab itu sendiri. Dan di abad kemudiannya dihadkan madzhab kepada empat saja
oleh pemerintah sekular pada masa itu. Dan tidak sekali-kali 'penentuan' itu
berdasarkan kepada Hadis-Hadis Nabi SAW. Malah 'penentuan' kepada empat itu
adalah penentuan politik bagi menentang pergerakan Syiah Imamiyyah atau dalam
erti kata yang khusus ialah pergerakan Ahlul Bayt. Hanya di abad ketiga belas tiap-tiap pengikut madzhab
menyenaraikan nama-nama pengikutnya seperti as-Subki menulis senarai nama-nama
pengikut as-Syafie dalam bukunya Tabaqat as-Syafiiyyah al-Kubra. Tidak ada perbedaan antara Syiah Imamiyyah dan madzhab
Empat/Ahlul Sunnah mengenai asas-asas agama yang utama, iaitu Tauhid, Kenabian,
dan Maad (Hari Kebangkitan). Semua pihak percaya sekiranya seorang mengingkari salah satu
daripada asas-asas itu, maka dia adalah kafir. Mereka percaya al-Qur'an adalah
Kitab Allah yang diturunkan kepada umat manusia melalui Nabi Muhammad SAW,
tidak boleh dikurang atau ditambah, berdasarkan kepada Mushaf Uthman yang
digunakan oleh seluruh umat Islam, manakala mushaf-mushaf lain seperti Mushaf
Ali telah dibakar atas arahan Khalifah Uthman. Sekiranya ada penafsiran yang berbeda antara Syiah Imamiyyah
dan Ahlul Sunnah mengenai ayat al-Qur'an, maka ia adalah perkara biasa yang
juga berlaku di kalangan Ahlul Sunnah itu sendiri antara Syafie dan Hanafi dan
seterusnya. Ahlul Sunnah berpegang kepada sebuah Hadis Nabi yang
merangkumi lima perkara iaitu (1) Mengucap Dua Kalimah Syahadat, (2) Shalat,
(3) Puasa, (4) Zakat, (5)Haji. Sementara Syiah Imamiyyah berpegang kepada sebuah Hadis Nabi
yang merangkumi lima perkara juga iaitu sembahyang, puasa, zakat, haji dan
jihad. Ahlul Sunnah berpendapat bahwa Nabi tidak meninggalkan
sebarang wasiat kepada sesiapa untuk menjadi khalifah. Persoalan yang timbul,
mungkinkah Nabi yang menyuruh umatnya supaya meninggalkan wasiat tetapi beliau
sendiri tidak melakukannya! Selepas Ali, ia diganti oleh anak-anak cucunya dari Fatimah;
Hasan, Husayn, Ali Zainal Abidin, al-Baqir, As-Sadiq, al-Kazim,al-Rida sehingga
Mahdi al-Muntazar (Imam ke-12). Mereka dipanggil Imamah kerana mereka berpegang kepada Hadis
Imamah/Khalifah dua belas yang bermaksud:"Urusan dunia selepasku tidak
akan selesai melainkan berlalunya dua belas Imam".(Sahih Muslim, Sahih
Bukhari, Bab al-Imarah). Mereka juga dikenali dengan madzhab Ja'fariyyah iaitu
dinisbahkan dengan Imam keenam Ja'far as-Sadiq AS yang bersambung keturunannya
di sebelah ibunya dengan khalifah Abu Bakar as-Siddiq ibunya bernama Ummu
Farwah bt. Al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar as-Siddiq. Sementara disebelah bapanya pula al-Baqir bin Ali Zainal
Abidin (as-Sajjad) b. Husayn b. Ali dari ibunya Fatimah as-Siddiqah az-Zahra bt
Muhammad Rasulullah. Dan beliau juga guru kepada Imam Malik dan Imam Abu
Hanifah. Ahlul Sunnah dan Syiah Imamiyyah percaya bahwa manusia
adalah lebih mulia dari para malaikat, meskipun makhluk itu adalah yang hampir
(al-Muqarrabun) kepada Tuhan.Manusia dianugerahkan dengan hawa nafsu dan
keilmuan berlainan dengan malaikat yang dijadikan tanpa hawa nafsu dan para
malaikat disuruh sujud kepada bapa manusia, Adam. Hanya Muktazilah yang mempercaya bahwa malaikat itu lebih
mulia dari manusia, kerana sifatnya yang sentiasa taat kepad Allah SWT dan
baginya sujud malaikat kepada Nabi Adam adalah sujud hormatm bukan sujud yang
bererti kehinaan. Oleh itu Ahlul Sunnah dn Syiah Imamiyyah berpendapat bahwa
Nabi Muhammad adalah lebih mulia dari semua makhluk Allah, termasuk malaikat. Ahlul Sunnah juga bersetuju bahwa Ahlul Bayt Nabi SAW adalah
lebih mulia dari orang lain, sebagaimana firman Tuhan dalam Surah al-Ahzab:
33,"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu hai
Ahlul Bayt dan menyucikan kamu sebersih-bersihnya". Mengikut Muslim dalam Sahihnya, dan al-Wahidi dalam Asbab
an-Nuzulnya, apa yang dimaksudkan dengan Ahlul Bayt ialah Fatimah, Hasan,
Husayn dan Ali. Berdasarkan kepada ayat itu, Syiah Imamiyyah percaya bahwa
para Imam dua belas adalah maksum. Pengertian maksum, mengikut mereka ialah
suatu kekuatan yang menegah seseorang daripada melakukan kesalahan/dosa. Dan ia
tidak boleh menyalahi nas. Perkara semacam ini memang juga berlaku dalam hidup
seseorang. Contohnya seorang yang ingin melakukan maksiat tertentu,kemudian ada
saja perkara yang menegahnya daripada melakukan maksiat itu. Dan bukanlah
pengertian maksum itu sebagaimana kebanyakan yang difahami umum, yaitu
seseorang itu boleh melakukan maksiat kerana dia itu maksum. Selain dari ayat itu, Syiah Imamiyyah berpegang kepada
beberapa Hadis Nabi yang antaranya menerangkan kedudukan keluarga Rasulullah
SAW. Rasulullah bersabda:"Aku tinggalkan kepadamu dua
perkara yang berharga:Kitab Allah dan keluargaku (al-Itrah)" (Sahih
Muslim, Hadis Thaqalain). Rasulullah SAW bersabda:"Ahlul Baytku samalah seperti
kapal Nabi Nuh; siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang tidak menaikinya
akan binasa/tenggelam", (Al-Hakim Nisaburi, al-Mustadrak, Bab Kelebihan
Keluarga Nabi). Bagi Ahlul Sunnah, mereka mengatakan Ahlul al-Bayt itu lebih
umum. Bagaimanapun keistimewaan diberi kepada mereka itu secara khusus. Tidak wujud perbedaan yang besar antara Syiah Imamiyyah dan
Ahlul Sunnah mengenai wuduk. Mereka bersetuju kebersihan mestilah dilakukan
sebelum wuduk diambil. Bagaimanapun mereka berbeda mengenai basuh/sapu dalam Surah
al-Maidah: 6, yang bermaksud:"Sapulah (Imsahu) kepala kamu dan kaki
kamu". Jika ditinjau pengertian ayat itu bahwa bukan saja kepala
yang wajib disapu, malah kaki pun sama, kerana perkataaan Imsahu memberi
pengertian sapu,dan huruf ataf di situ mestilah dikembalikan kepada yang lebih
hampir sekali. Lantaran itu Syiah Imamiyyah mengatakan kaki hendaklah
disapu bukan dibasuh. Sementara Ahlul Sunnah mengatakan basuh; mereka berpegang
kepada sebuah Hadis Nabi yang bermaksud:"Neraka wail bagi mata kaki yang
tidak dibasahi air". Bagi Syiah Imamiyyah, mereka mengatakan Hadis itu ditujukan
kepada orang yang tidak membersihkan anggota-anggotanya, termasuk kaki sebelum
mengambil wuduk. Di samping itu, mereka berpegang kepada Hadis yang
diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Sabda Nabi saw:"Wuduk itu dua basuh dan dua
sapu (usap)", iaitu basuh muka dan tangan, adapun sapu ialah kepala dan
kaki [Nota: Imam Baqir as bertanya di hadapan khalayak ramai:'Apakah kalian
ingin saya nyatakan tentang wuduk Rasulullah saw ? Mereka menjawab,'Ya'.
Kemudian beliau meminta suatu bekas yang berisikan air. Setelah air itu berada
di hadapan beliau, beliau as menyingkap lengan bajunya dan memasukkan telapak
tangan kanannya pada bekas yang berisikan air itu sambil berkata:'Begini
caranya bila tangan dalam keadaan suci'. Kemudian beliau mengambil air dengan
tangan kanannya dan diletakkan pada dahinya sambil membaca'Bismillah' dan
menurunkan tangannya sampai ke hujung janggut, beliau meratakan usapan untuk
kedua kalinya pada dahi beliau, kemudian beliau mengambil air dengan memasukkan
tangan kirinya dari bekas itu dan beliau letakkan pada siku kanan beliau sambil
meratakannya sampai ke hujung jari. Setelah itu beliau mengambil air dengan
tangan kanan dan diletakkan pada siku kirinya sambil beliau ratakan sampai ke
hujung jari. Kemudian dilanjutkan dengan mengusap ubun-ubun beliau dengan sisa
air yang terdapat pada telapak tangan beliau sampai ke hujung dahi (tempat
tumbuh rambut). Kemudian beliau usap kaki (bahagian atas) kanannya dengan sisa
air yang terdapat pada telapak tangan kanan, sedangkan kaki kiri beliau usap
dengan sisa air yang terdapat pada telapak kaki kiri (keduanya diusap sampai ke
pergelangan kaki beliau - Al-Wasail Syiah, Juz. 1, bab 15, hal.387]. Ahlul Sunnah membuang perkataan Haiya 'ala khayr al-'amal
(marilah melakukan sebaik-baik amalan) dari azan asal dan menambah perkataan
as-solatu khairun minam-naum (solat lebih baik dari tidur) dalam azan subuh. Kedua-dua perkataan itu dilakukan ketika pemerintahan
khalifah Umar. Mengenai yang pertama, beliau berpendapat jika seruan itu
diteruskan,orang Islam akan mengutamakan sembahyang dari berjihad. Tentang yang kedua, beliau dikejutkan dari tidurnya oleh
muazzin dengan berkata:"Sembahyang itu lebih baik dari tidur", maka
beliau lantas tersedar dan menyuruh muazzin itu menggunakan perkataan itu untuk
azan Subuh. Oleh Syiah Imamiyah diteruskan azan asal sebagaimana
dilakukan di zaman Rasulullah SAW dan khalifah Abu Bakar RA. Ahlul Sunnah tidak mensyaratkan sujud di atas tanah dalam
sembahyang: Syiah Imamiyyah menyatakan sujud di atas tanah itu lebih afdhal
kerana manusia akan lebih terasa rendah dirinya kepada Tuhan. Mereka berpegang
kepada sebuah Hadis Nabi SAW yang bermaksud"dijadikan untukku tanah itu
suci dan tempat sujud" (Sahih Muslim, Bab Mawdi' as-Salah). Semua pihak bersetuju sembahyang boleh dijamak/dihimpun
apabila seseorang itu musafir. Ahlul Sunnah pada keseluruhannya tidak
menggalakkan jamak sembahyang selain dari musafir. Meskipun begitu, mereka tidak menyatakan sembahyang jamak
itu tidak sah bagi orang yang bermukim. Imam Malik mengharuskan jamak sembahyang Zohor dengan Asar,
Maghrib dan Isya' di hari hujan, Kebanyakan pengikut Imam Syafie berpendapat
jamak sembahyang boleh dilakukan jika ada sebab yang diharuskan oleh syarak dan
adalah menjadi makruh jika dilakukan secara kebiasaan. Syiah Imamiyyah menyatakan, sembahyang jamak boleh dilakukan
tanpa sebab musafir, sakit atau ketakutan kerana Nabi SAW bersembahyang jamak
tanpa sebab dan musafir. Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahwa "Rasulullah SAW
sembahyang berjamaah dengan menjamakkan Zohor dengan Asar, Maghrib dengan Isya'
tanpa musafir dan tanpa sebab takut",(Sahih Muslim, Bab Jawaz Jam'
as-Salah fil-Hadr). Ahlul Sunnah dan Syiah Imamiyyah bersetuju bahwa sembahyang
tarawih tidak dilakukan pada masa Rasulullah dan khalifah Abu Bakar. Ia
dilakukan atas arahan khalifah Umar RA kerana beliau melihat orang ramai
sembahyang sunat bertaburan, di masjid, lantas beliau berkata:"Alangkah
baiknya jika dilantik seorang lelaki untuk menjadi Imam bagi kaum lelaki dan
seorang perempuan untuk menjadi Imam kaum wanita". Kemudian melantik Ubay bin Ka'ab mengimamkan pada malam
berikutnya. Dan beliau berkata:"Ini adalah bidaah yang baik". Selepas
itu beliau menghantar surat kepada gabenor-gabenor di seluruh negara supaya
menjalankan sembahyang sunat secara berjamaah dan dinamakan Sembahyang Terawih
kerana setiap empat rakaat diadakan istirahat (Bukhari, Bab Sembahyang Terawih,
Muslim, Bab Sembahyang Malam). Syiah Imamiyyah tidak melakukan sembahyang terawih atas
alasan itu. Saidina Ali ketika menjadi khalifah melarang orang ramai sembahyang
terawih dan menyuruh anaknya Hasan memukul dengan tongkat tetapi orang ramai
berkeras terus melakukannya kerana ia sudah menjadi amalan tradisi. Meskipun begitu Syiah Imamiyyah sebagai contoh melakukan
sembahyang sunat lima puluh rakaat pada tiap-tiap malam Ramadhan (Nota:
terdapat sembahyang sunat khusus dan umum pada setiap malam Ramadhan - sila
lihat Mafatihul Jinan) secara bersendirian di samping sembahyang sunat biasa;
mereka sembahyang tiga puluh empat rakaat. Ahlul Sunnah menyatakan bilangan takbir Sembahyang Mayat
ialah empat, sementara Syiah Imamiyyah mengatakan lima takbir. Di samping itu,
Ahlul Sunnah sendiri tidak sependapat cara-cara mayat dihadapkan ke Kiblat.
Maliki, Hanafi, dan Hanbali berpendapat mayat hendaklah diletakkan ke atas
lambung kanannya dan mukanya menghadap Kiblat sebagaimana dilakukan ketika
menanam mayat. Sementara Syiah Imamiyyah dan Syafie berpendapat mayat hendaklah
ditelentangkan dan dijadikan kedua tapak kakinya ke arah Kiblat, jika ia duduk,
dia menghadap Kiblat (M. Jawad Mughniyah, Fiqh Lima Madzhab, Jilid I,
Penerbitan Ikhwan, Kota Bharu, 1985, hal.47) Sebenarnya kita yang bermadzhab Syafie tidak sedar bahwa
cara pengebumian mayat yang kita lakukan adalah tidak mengikut Syafie, dan
Syafie pula sependapat dengan madzhab Syiah Imamiyyah dalam masalah itu dan
berlainan dengan Hanafi, Maliki, dan Hanbali. Begitu juga 'Undang-undang 99
Perak', dan 'bersalam' lelaki-perempuan dengan melapikkan kain di tengah tangan
adalah dari madzhab Ja'fari sedangkan Imam Syafie tidak membenarkan berjabat
tangan dengan bukan muhrim sekalipun secara berlapik atau beralas. Semua pihak bersetuju bahwa nikah mut'ah diharuskan pada
zaman Nabi SAW tetapi mereka tidak sependapat tentang pembatalannya atau
pemansuhannya selepas kewafatan Nabi SAW. Imam Malik mengatakan ia adalah harus
kerana firman Tuhan dalam Surah an-Nisa: 24, yang bermaksud:"Maka isteri-isteri
yang telah kamu nikmati antara mereka, maka berilah kepada mereka maharnya
dengan sempurna, sebagai suatu kewajipan" sehingga terbukti pembatalannya. Imam Zulfar,anak murid Imam Abu Hanifah berpendapat ia harus
kerana 'menghadkan waktu' dalam akad nikah itu tidak membatalkan akad. Beliau
menamakan Nikah Mu'aqqat. Manakala Imam Muhammad Syaibani menyatakan ia makruh (lihat
Zarkhasi, Kitab al-Mabsud, Cairo, 1954, Vol.5, hal.158). Az-Zamakhshari, seorang pengikut madzhab Hanafi, menyatakan
ayat itu muhkamah, iaitu jelas tidak ada ayat yang memansuhkannya (Tafsir
al-Kasysyaf, Cairo, Vol.I, hal. 189) Sementara Imam Syafie pula menyatakan ia telah dimansuhkan
oleh sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh al-Juhany, bahwa Rasulullah SAW telah
melarang dari melakukan mut'ah. Tetapi mengikut kaedah fiqiah bahwa Imam Syafie, Hanafi dn
Hanbali bersepakat bahwa al-Qur'an tidak boleh dimansuhkan dengan Hadis yang
mutawatir (yang diriwayatkan oleh bilangan ramai: Lawannya Hadis Ahad) kerana
mereka berpegang dengan Surah al-Baqarah: 106, yang bermaksud:"Kami, tidak
memansuhkan satu ayat atau melupakannya melainkan Kami gantikannya dengan ayat
yang lebih baik daripadanya atau seumpamanya". Jelas sekali bahwa Hadis Nabi tidak setanding dengan
al-Qur'an. Ini bererti Hadis yang melarang dilakukan mut'ah itu adalah Hadis
Ahad dan mengikut kaedah itu ia tidak sekali-kali dapat memansuhkan ayat 24,
dari Surah an-Nisa' (Nota: Pada hakikatnya Nabi SAW tidak mungkin bercanggah
dengan al-Qur'an kerana apa yang dinyatakan oleh Nabi SAW adalah dari Allah SWT
sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah an-Najm: 4-5, bermaksud:"Dan tidak
ia (Nabi SAW) bercakap mengikut hawa nafsunya, melainkan ia adalah wahyu yang
diwahyukan (dari Allah)". Mengikut kaedah itu, Imam Syafie sepatutnya mengatakan nikah
mut'ah itu harus. Lebih menghairankan, Imam Syafie yang mengatakan nikah mut'ah
itu dimansuhkan masih percaya kepada Hadis-Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh
Ibn Jurayh (w.150H) seorang tabi'in yang menjadi Imam di Masjid Makkah pada
masa itu, dan beliau telah berkahwin secara mut'ah dengan lebih sembilan puluh
perempuan di Makkah. Sehingga beliau berkata kepada anak-anaknya:"Wahai
anak-anakku, jangan kamu mengahwini perempuan-perempuan itu kerana mereka itu
adalah ibu-ibumu". Bukan saja Imam Syafie yang menerima dan mempercayai
Hadis-Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Jurayh malah Imam Muslim dan Imam
Bukhari menerimanya dalam Sahih-Sahih mereka. Berdasarkan kepada bukti-bukti di atas nampaknya Imam Syafie
tidak begitu yakin tentang pemansuhannya. Jikalau tidak, Ibnu Jurayh adalah
penzina, dan tidak boleh menjadi Imam Masjid Makkah ketika itu dan riwayatnya
mestilah ditolak. Pihak Syiah Imamiyyah merujuk kepada beberapa Hadis Nabi
SAW, antaranya Hadis yang diriwayatkan oleh Imran bin Hasin yang
berkata:"Ayat mengenai mut'ah telah diturunkan dalam al-Qur'an dan kami
melakukannya di masa Rasulullah SAW dan tidak diturunkan ayat yang
memansuhkan/membatalkannya dan Nabi pula tidak melarangnya sehingga beliau
wafat (Imam Hanbali, Musnad, Jilid 4,hal.363). Mereka juga memetik Saidina Ali AS sebagai
berkata:"Jikalaulah Umar tidak melarang nikah muta'ah, nescaya tidak ada
orang yang berzina melainkan orang-orang yang benar-benar jahat" (Tafsir
al-Tabari, Bab Nikah Mut'ah). Mereka juga merujuk kepada sahabat Zubayr bin Awwam yang
mengahwini Asma' binti Abu Bakar secara mut'ah dan mendapat dua cahaya mata
yang masyhur dalam sejarah Islam iaitu Abdullah bin Zubayr dan adiknya Urwah
bin Zubayr (Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Bab Nikah Mut'ah)". Imam Ja'far as-Sadiq AS (Imam Keenam) Ahlul Bayt
berkata:"Tiga perkara yang aku tidak akan menggunakan taqiyah: Haji Tamattuk,
Nikah Mut'ah, dan 'hayya ala khairil amal' dan ditanya Imam Ja'far as-Sadiq AS
mengenai nikah mut'ah, beliau menjawab, ia halal sehingga Hari Kiamat,
(Al-Kulaini, Usul al-Kafi, Bab Mut'ah). Inilah sebagian kecil dari hujah-hujah yang dipegang oleh
Syiah Imamiyyah dalam masalah itu. Imam Bukhari dalam Sahihnya memberi definisi sahabat sebagai
orang yang bersahabat dengan Nabi SAW dan mati sebagai seorang Muslim atau
orang yang pernah melihat Nabi dan mati sebagai seorang Muslim. Ahlul Sunnah
mengatakan semua sahabat Nabi itu adil dan amanah sehingga tidak boleh
dipertikaikan peribadi mereka. Sementara Syiah Imamiyyah berpendapat sahabat Nabi itu
adalah manusia biasa, ada yang baik dan ada yang kurang baik. Dalam akidah
Islam, sahabat bukanlah maksum; dengan itu mereka terdedah kepada sebarang
kesalahan/dosa seperti manusia biasa. Mereka menyatakan ada ayat-ayt al-Qur'an yang memang
ditujukan kepada sahabat-sahabat Nabi; ada sahabat-sahabat yang lari ketika
peperangan, melakukan perkara yang tidak diingini oleh Islam. Dan jika
diperhatikan secara rasional tanpa Asabiyyah, tidaklah semestinya semua sahabat
Nabi yang 'ratusan ribu' itu adil dan amanah, kerana celaan al-Qur'an itu
ditujukan juga kepada mereka. Memang ada dari kalangan yang dinamakan sahabat, seramai
lima belas orang, yang telah cuba membunuh Nabi sendiri selepas peperangan
Tabuk di Aqabah (lihat Musnad ibn Hanbal, Beirut, 1943, Jilid 5, hal.428-9). Bagaimanapun Syiah Imamiyyah tidak menafikan wujudnya
sahabat-sahabat Nabi yang setia. Mengenai Hadis "sahabat-sahabatku seperti
bintang-bintang di langit", maka sanad Hadis ini adalah lemah dan ditolak
oleh Ahlul Sunnah sendiri seperti Imam Abu Bakar as-Syafii dan lain-lain. Bagaimanapun ia tidaklah menafikan sebagian dari
sahabat-sahabat Nabi itu boleh menjadi ikutan. Imam Bukhari dalam Sahihnya,
Vol.16, Kitab ar-Riqaq, Bab al-Hawd, mencatatkan sebuah Hadis yang diriwayatkan
oleh al-Mughirah bin Syukbah, bahwa Rasulullah bersabda, maksudnya:
Sahabat-sahabat kamu telah berubah selepas kamu (meninggal)". Oleh itu Hadis ini menjadi asas yang kukuh untuk Ahlul
Sunnah berfikir dengan rasional tanpa semata-mata taksub kepada madzhab kita.
Apa yang menjadi asas ialah al-Qur'an dan Hadis Nabi SAW. Bagaimanapun Syiah Imamiyyah menghormati khalifah Abu Bakar,
khalifah Umar dan jauh sekali dari mengkafirkan mereka berdua. Dan sekiranya
ada Syiah yang mengkafirkan mereka, ini adalah Syiah yang ghulat, atau
pandangan individu. Apatah lagi Imam Keenam Syiah ialah Imam Ja'far as-Sadiq AS
yang bertemu di sebelah ibunya dengan khalifah Abu Bakar. Ahlul Sunnah bersetuju pintu ijtihad telah ditutup.
Penutupan pintu ijtihad bererti 'jemputan' kepada zaman taqlid. Dan juga
bererti tidak wujud lagi mujtahid yang baru; memadai dengan mujtahid-mujtahid
yang telah mati. Lantaran itu persoalan-persoalan yang baru kurang dapat
diatasi. Syiah Imamiyyah berpendapat bahwa pintu ijtihad masih
terbuka dan mereka tidak membenarkan ia ditutup, kerana penutupan pintu ijtihad
memberi implikasi penyerahan kepada kelemahan dan kebodohan sendiri dan ia
bercanggah dengan al-Qur'an yang menuntut sebagian umat Islam menjadi alim
mujtahid di setiap masa. Sayang sekali Ahlul Sunnah dari madzhab Syafie, Hanafi,
Hanbali dan Maliki telah menyerah diri kepada penutupan pintu ijtihad.
Persoalan yang timbul, siapakah yang memerintahkan supaya ia ditutup?
Mungkinkah pemerintahan sekular sebelum Imam al-Juwayni atau Imam Ghazali
mengiystiharkan penutupan itu? Imam al-Juwayni, guru kepada Imam al-Ghazali
menyatakan"Sekiranya pintu ijtihad masih terbuka, maka aku adalah seorang
mujtahid". Imam al-Juwayni sendiri mengakui penutupan itu dan dalam
andaiannya, beliau juyga mujtahid sekiranya pintu itu dibuka. Dan di masa itu
timbulnya perasaan fanatik kepada madzhab tertentu yang dikuti, dan
masing-masing menakwil Hadis-Hadis mengikut pandangan madzhab mereka. Nabi SAW bersadba:"Umatku akan berpecah kepada 73
golongan, yang berjaya hanyalah 'satu' (al-Wahidah). Muktazilah mengatakan yang
satu itulah mereka. Murji'ah pula mengatakan merekalah yang berjaya dan bukan Muktazilah.
Sementara Ahlul Sunnah mengatakan, mereka saja yang berjaya. Imam al-Ghazali mengatakan, apa yang dimaksudkan dengan umat
itu adalah secara umum, dan golongan yang benar-benar berjaya ialah golongan
yang tidak dibentangkan kepada neraka. Lantaran itu mengikut Imam al-Ghazali,
sesiapa yang dimasukkan ke syurga dengan syafa'at, dia tidaklah benar-benar
berjaya (At-Tafriqah bayn al-Islam wa Zandaqah, Mesir, 1942, hal.75). Mengenai khurafat pula, semua pihak bersepakat bahwa
khurafat mestilah diperangi habis-habisan. Namun begitu masih ada
khurafat-khurafat dalam madzhab Syiah dan Sunnah. Jika ada mana-mana pengikut
melakukan perkara itu maka ia menggambarkan kejahilan pengikut itu sendiri. Semua pihak bersepakat menerima Hadis-Hadis Nabi yang
diriwayatkan oleh perawi-perawi yang thiqah. Tetapi Syiah Imamiyyah
mengutamakan Hadis-Hadis yang diriwayatkan olah Ahlul Bayt, kerana mereka lebih
mengetahui mengenai Nabi daripada orang lain, terutamanya Saidina Ali AS yang
disifatkan oleh Nabi SAW sebagai "Pintu Ilmu". Dalam sebuah Hadis Nabi SAW, bersabda:"Aku adalah
gedung ilmu, Ali adalah pintunya, dan sesiapa yang ingin memasukinya, mestilah
menerusi pintunya" (Nisaburi, Mustadrak, Bab Kelebihan Ali). Adapun Hadis-Hadis yang menjadi rujukan Ahlul Sunnah
terkumpul dalam Sahih-Sahih Bukhari, Muslim, Nasa'I, Ibn Majah, Abu Daud,
Tirmidzi, Muwatta, Mustadrak, Musnad Ibn Hanbal dan lain-lain. Sementara Syiah Imamiyyah mengumpulnya dalam Usul al-Kafi
oleh al-Kulaini, Man La Yahduruhul Faqih olah al-Saduq, Al-Istibsar fi al-Din,
dan Tahdhib al-Ahkam, kedua-keduanya oleh al-Tusi, Bihar al-Anwar olehMajlisi
dan lain-lain. Sepatutnya semua buku-buku Hadis itu dikaji dan menjadi
rujukan kepada umat Islam, khususnya sarjana-sarjana Islam tanpa fanatik kepada
mana-mana madzhab. Para Imam Madzhab Empat/Ahlul Sunnah telah menunjukkan kasih
sayang mereka kepada Imam-Imam Syiah Imamiyyah kerana mereka adalah anak-cucu
Rasulullah. Imam Malik dan Imam Abu Hanifah berguru kepada Imam Ja'far as-Sadiq
AS. Apabila mereka mengemukakan persoalan, mereka menggunakan
lafaz"Wahai anak Rasulullah" kemudian barulah dikemukakan persoalan
itu. Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pernah mengeluarkan fatwa
secara rahsia supaya umat Islam keluar berperang bersama Zaid bin Ali Zainal
Abidin (Ahlul Bayt) menentang pemerintah Bani Umaiyyah pada masa itu. Justeru
itu mereka dipenjarakan. Imam Abu Hanifah berkata:"Jikalau tidak wujud dua
Sunnah nescaya binasalah Nu'man" iaitu jikalau tidak wujudnya Sunnah Nabi
dan Sunnah Ja'far as-Sadiq, nescaya binasalah beliau. Imam Syafie pula telah membuktikan kasih beliau kepada Ahlul
Bayt dan Syiah dalam syairnya yang masyhur seperti berikut: Aku adalah Syiah dalam agamaku, Aku berasal dari Makkah, Dan rumahku di Asqaliyah (Fakhruddin ar-Razi, Manaqib
al-Imam as-Syafie, Cairo, 1930, hal.149 dan seterusnya). Bagaimanapun Imam Syafie bukanlah seorang Syiah dalam
ertikata yang sebenar tetapi sikapnya yang begitu kasih dan luhur terhadap
Syiah Imamiyyah patut dicontohi. Apatah lagi Imam-Imam mereka dari keturunan Rasulullah SAW
yang kita tidak pernah lupa dalam sembahyang kita setiap kali kita
berdoa"Wahai Tuhanku, salawat dan salam kepada Muhammad dan keluarga
Muhammad (Allahumma Solli 'ala Muhammad wa alihi Muhammad) Begitulah sikap dan pendirian para Imam Madzhab Empat
terhadap Syiah Imamiyyah dan para Imam dari Ahlul Bayt. Sebuah fatwa yang dikeluarkan oleh Imamul Akbar al-Marhum
as-Syaikh Mahmud Shaltut ketika beliau masih memangku Jabatan Rektor al-Azhar;
dan disiarkan pada tahun 1959 Masehi di Majalah Risalatul Islam yang
diterbitkan oleh Darul Taqrib bainal Madzahibil Islamiyyah atau Lembaga
Pendekatan Antara Madzhab-Madzhab Dalam Islam, yang berpusat di Kaherah, Mesir,
nombor 3 tahun ke-11, halaman 227 berbunyi seperti berikut: "Agama Islam tidak mewajibkan suatu madzhab tertentu
atas siapapun antara pengikutnya. Setiap Muslim berhak sepenuhnya untuk
mengikuti salah satu madzhab yang manapun juga yang telah sampai kepadanya
dengan cara yang benar dan meyakinkan. Dan yang perincian tentang hukum-hukum yang berlaku dalamnya
telah dicatat dengan teliti dan sempurna dalam kitab-kitab madzhab yang
bersangkutan yang memang dikhususkan untuk itu. Begitu pula setiap orang yang mengikuti salah satu antara
madzhab-madzhab itu, diperbolehkan pula untuk berpindah ke madzhab lainnya -
yang manapun juga dan tiada ia berdosa sedikitpun dalam perbuatannya
itu.." Katanya lagi,"Sesungguhnya Madzhab Ja'fariyyah yang
dikenal dengan sebutan Madzhab Syiah Imamiyyah Itsna 'Asyariyyah adalah suatu
madzhab yang peraturan-peraturannya seperti juga dalam madzhab-madzhab
lainnya."(Lihat juga Dialog Sunnah Syiah, Bandung, 1984, hal.32) |