Mengenal Ahlul-Bayt Rasulallah SAW



(Muqaddimah)

Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas

 

 

Allah berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menghendaki supaya dihapuskan kekotoran (dosa) daripada kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu dengan sebersih-bersihnya."  (al-Quran s.al-Ahzab:33)

Ahlul Baiyt ialah keluarga Nabi s.a.w.yang sangat rapat dengan beliau. Diriwayatkan oleh ummu Salamah isteri Nabi s.a.w. Rasulallah s.a.w. berada di rumahnya sedang tidur dengan memakai kain selimut. 

Apabila Fatimah anakanda Nabi s.a.w. membawakan untuk ayahandanya semangkuk Khazirah. Rasulallah s.a.w. bersabda kepada anakandanya Fatimah, "Panggillah suamimu dan kedua-adua anakmu Hasan dan Husain". Fatimahpun memanggil mereka semua. 

Ketika mereka sedang duduk dan makan bersama Rasulallah s.a.w. maka turunlah ayat yang tersebut di atas. Ketika itu Rasulallah s.a.w.
memegang tepi kain selimut yang ada bersama Nabi s.a.w. dan menutupi mereka semua . Sambil menadahkan tangan, baginda berdo'a, "Ya Allah mereka ini adalah Ahlul Baiytku dan keturunanku maka hapuskanlah kekotoran daripada mereka dan sucikanlah mereka itu dengan sesuci-sucinya". 

Nabi s.a.w.mengulangi do'a ini sebanyak tiga kali. Berkata Ummu Salamah, "Aku masukkan kepalaku dalam penutup itu, Nabi s.a.w. menarik selimut itu sambil bersabda, "Sesungguhnya kamu berada dalam kebaikan", diulangi sehingga dua kali. (H.S.riwayat Thabrani dari Ummu Salamah)



1 2 3 4 5 6 7 8 next