Kesucian dan Kemuliaan Ahlul Bayt AS Dalam Hadith al-Kisa



Kemasyhuran hadith ini telah diketahui umum dan tiada seorang pun yang boleh menafikan kepentingan dan ketulenannya.Ayat al-Qur'an Surah 33:33, yang bermaksud:

 

"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan kalian daripada kekotoran (rijsa) ,wahai Ahlul Bayt dan menyucikan kamu sebersih-bersihnya."

 

Ayat di atas di wahyukan untuk menunjukkan kemuliaan dan kesucian Ahlul Bayt AS. Ayat al-Qur'an ini dikenali sebagai ayat al-Tathir dan menjadi asas kepada hadith al-Kisa yang menceritakan tentang Ahlul Bayt AS.

Di waktu ayat tersebut diwahyukan, Rasulullah SAWA menghimpunkan anak perempuan beliau Fatimah AS, anak-anaknya Fatimah iaitu Hasan Husayn, juga suami Fatimah, Ali AS. Rasulullah SAWA menyelimuti mereka termasuk diri baginda sendiri di dalam sehelai selimut dan memohon ke hadrat Allah SWT dengan sabdanya yang bermaksud:

 

"Ya Allah mereka inilah Ahlul Baytku."(Allahumma haula'i Ahl Bayti, ha'ula'i Itrati) Peliharalah mereka dari sebarang keburukan dan sucikanlah mereka dengan sesuci-sucinya."

 

Ummu Salamah, isteri Rasulullah SAWA yang berada di dalam rumah pada masa itu menyaksikan sendiri kejadian yang sungguh menakjubkan itu, dan dengan perasaan rendah hati memohon kepada Rasulullah SAWA:



1 2 3 4 5 next