Riwayat-riwayat Tentang Ayat al-Tathir Untuk Lima Orang



Perbahasan di bawah ini mengetengahkan beberapa riwayat berkenaan dengan ayat al-Tathir (33:33) yang menunjukkan ia diturunkan untuk lima orang iaitu Nabi Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn.

 

1. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan sebuah hadith yang dikutip dari sahabat Nabi iaitu Abu Sa'id al-Khudri. Dalam riwayat tersebut dia mengatakan bahawa Nabi SAWAW bersabda: "Ayat ini turun untuk lima orang, iaitu aku (Nabi Muhammad SAWAW), Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn."

Riwayat ini juga dikutip oleh Ibn Hajar dalam bukunya al-Sawa'iq, halaman 143, Syeikh Yusuf Al-Nakhani dalam bukunya al-Syaraf al-Muubbad Lii aali Muhammad, halaman 7.

 

2. Imam Muslim dalam kitab Sahihnya meriwayatkan sebuah riwayat dari A'isyah. Ia menyatakan bahawa pada suatu pagi, Nabi keluar dengan menggunakan selimut yang dibuat dari kapas berwarna hitam. Setelah Hasan datang Nabi memasukkan Hasan dalam selimut, datang Husayn di masukkan ke dalam selimut, kemudian datang Fatimah, beliau memasukkannya ke dalam selimut lalu Ali datang dan beliau memasukkan ke dalam selimut sambil membaca ayat (tersebut).

Riwayat itu juga diriwayatkan oleh ulama Hadith lainya yang di antaranya adalah seperti berikut:

 

a. Al-Hakim dalam Mustadrak, Juz III, halaman 147. Ia mengatakan bahawa hadith itu sahih menurut persyaratan Bukhari dan Muslim.

b. al-Baihaqi dalam Sunan Baihaqi Juz II, halaman 149.



1 2 3 4 5 6 next