Mukjizat dan Peristiwa Luar Biasa Menurut Pandangan al-Qur’an



Mukjizat dan Peristiwa Luar Biasa Menurut Pandangan al-Qur’an


Tidak ada pertentangan antara mukjizat dan hukum sebab-akibat yang telah kita bincangkan tadi. Menurut hukum sebab dan akibat, ..tidak ada kejadian yang wujud tanpa disebabkan oleh sesuatu sebab... Menurut pandangan al-Qur..an terdapat juga sebab daripada mukjizat dan sebab mukjizat adalah kehendak khusus bagi Allah SWT. Justeru, kejadian mukjizat tidak saja sesuai kepada prinsip umum sebab-akibat, tetapi ia juga sesuai dengan hukum saintifik, dan amalan yang dikaitkan dengan, sebab-akibat kerana manusia dalam mengamalkan hukum-hukum saintifik yang ditemui dalam lingkungan sistem sebab-akibat dalam alam fizik, tidak terkecuali daripada menemui hukum mutlak alam semulajadi dan tidak mengizinkan sebarang pengecualian kepada semua para pengkaji dalam bidang sains empirikal, mengetahui bahawa hukum saintifik yang ditemui sebagai hukum alam semulajadi adalah berada di bawah hukum relativisme. Para pakar dalam bidang sains semulajadi yang menyedari dan tidak bersikap sombong tidak percaya kepada kemutlakan dan keyakinan seratus peratus tentang hukum saintifik ini.


Kenderaan yang digunakan oleh orang-orang yang bijaksana di dunia ini untuk sesuatu perjalanan seperti kereta, keretapi, kapal laut dan kapal terbang yang dikawal oleh para ahli teknik yang mahir dan dipandu oleh para pemandu yang mahir dan mendapat cukup latihan seperti kapten, pilot kapal terbang, namun mereka ini walaupun mempunyai pengetahuan yang cukup tetapi tidak akan membuat jaminan bahawa kenderaan yang dipandu oleh mereka berada dalam keadaan 100 peratus selamat. Pada ketika yang tertentu, kemungkinan berlaku mala petaka yang tidak diundang dan masalah teknik yang akan membawa kepada kemalangan.


Ahli-ahli sains, dalam penyelidikan mereka, turut mengikuti jalan yang sama. Setiap ahli sains yang berpengalaman amat menyedari bahawa setiap ujikaji baru dan peralatan baru yang dijalankan, akan membawa kepada penemuan dan hubungan baru di antara berbagai objek yang mungkin mendorongnya untuk menolak rumusan dan menolak hukum saintifik yang terdahulu atau mungkin akan membuktikan bahawa formula terdahulu adalah tidak benar akibat daripada keadaan-keadaan tertentu atau keadaan terkecuali kerana wujudnya faktor-faktor yang tidak diketahui yang akan mengatasi formula terdahulu. Pada peringkat pertama, percubaan untuk menyemak rumusan yang diterima dan cubaan untuk memperbaikinya. Pada peringkat kedua, cubaan untuk mencapai kesahan tertinggi kepada hukum yang telah diperbaiki dengan kemungkinan peratusan yang tertinggi, sebagai contoh 999999/1000000 dan seterusnya mereka akan bergantung kepada hukum ini dalam kerjakerja mereka. Maka kebarangkalian kepada keadaan yang bersifat keajaiban dan fenomena luarbiasa yang berlaku dalam kes-kes terkecuali dengan kehendak dan perintah Allah SWT adalah amat kecil kurang daripada 1/100000 maka kita membuat kesimpulan bahawa dengan ini menerima kemungkinan berlakunya fenomena keajaiban dengan kehendak dan perintah Allah tidak akan menolak kesahan saintifik tentang prinsip umum sebab-akibat tersebut.


11. Sains Sebab; Meninggalkan Konsep-konsep Tahayul


Salah satu daripada ajaran al-Qur..an yang berharga berkenaan sebabsebab dan kesahannya diterangkan seperti berikut: Ketika mengkaji untuk mengetahui sebab-sebab dan kesan-kesannya, kita hendaklah bergantung semata-mata kepada ilmu pengetahuan yang jelas, tidak kabur dan terbukti benar, iaitu kita bergantung kepada buktibukti yang konlusif yang mampu menghilangkan segala kekaburan dan tidak bergantung kepada rumusan yang tidak berasas dan tidak pasti. Percaya kepada faktor fizikal secara bayangan semata-mata, akan menyebabkan kemunduran dalam sains teknologi dan kesedaran yang kebelakang dan ketidakmampuan untuk mengekploitasi sumber-sumber semulajadi seperti mana yang berlaku dalam masyarakat zaman purba yang akan mengalami penderitaan dan penyakit tetapi tidak berusaha untuk menemui secara saintifik sebab penyakit tersebut sebalik mengambil jalan yang salah secara tahayul dan tidak berasas misalnya percaya kepada kesan bintang tertentu ke atas nasib manusia, dan hasilnya menggunakan Astrolab (jam matahari) untuk meramal kesannya ke atas nasib manusia dan mengabaikan penggunaannya untuk tujuan saintifik. Mempercayai tenaga tahayul dalam lingkungan metafizik lebih berbahaya lagi kerana ia akan melencungkan manusia daripada prinsip Tawhid dan memerangkap mereka dalam gejala syirik. Lantaran itu, al-Qur..an dengan tegas menyatakan bahawa seseorang itu hendaklah menjauhkan diri pendapat yang berasaskan kepada prasangka semata-mata.


..Dan mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuanpun tentang hal itu. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka sedang sesungguhnya prasangka itu tidak berfaedah sedikitpun terhadap kebenaran... (53: 28)


..Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata:..Sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang yang (beragama) Yahudi atau Nasrani... Demikian itu (hanya) angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah: ..Tunjukkan bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar... (2: 111)


..Mereka (orang-orang Yahudi dan Nasrani) berkata: ..Allah mempunyai anak... Maha Suci Allah; Dia Yang Maha Kaya; kepunyaanNya apa yang ada di langit dan apa yang di bumi. Kamu tidak mempunyai hujah tentang ini. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?.. (10: 68)


..Katakanlah: ..Sesungguhnya aku (berada) di atas hujah yang nyata (al-Qur..an) dari Tuhanku) sedang kamu mendustakannya. Bukankah wewenangku (untuk menurunkan azab) yang kamu tuntut untuk segerakan kedatangannya. Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah. Dia menerangkan yang sebenarnya dan Dia Pemberi keputusan yang paling baik... (6: 57)


Ayat-ayat di atas menekankan ilmu pengetahuan saintifik iaitu berasaskan bukti, kesimpulan, penghujahan, keterangan bukti dan pengesahan.


12. Doa


Doa adaalah salah satu sebab yang berkesan dalam kebanyakan urusan hidup manusia, iaitu memohon kepada perhatian Tuhan dengan keseluruhan kewujudan seseorang mengharapkan pertolonganNya. Tidak ada keraguan bahawa Tuhan amat mengetahui dan sedar tentang keperluan manusia dan kehendak peribadinya. Namun, Dia telah menetapkan hukum yang mentadbir hubungan manusia dengan fitrah kehidupannya, iaitu tidak ada yang dapat dicapai melainkan dengan usaha dan tindakan dan setiap tindakan akan mendatangkan hasil. Dia menetapkan prinsip bahawa tidak ada kekayaan tanpa tungkus lumus dan tidak ada balasan yang diberikan tanpa hak yang sewajarnya begitu juga dengan hubungan langsung manusia dengan Tuhan, satu tatacara doa dan penerimaannya telah ditetapkan oleh Tuhan.


..Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran... (2: 186)


Maka tidak ada orang yang berkata:

..Adakah Tuhan akan berubah dengan doa kita, sebagaimana Dia meminta kita berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya? Adakah Tuhan boleh berubah-ubah?.. Soalan ini menyamai soalan tentang usaha pada satu sisi dan kehendak Tuhan (qada dan qadar) pada sisi yang lain, yang menimbulkan kontroversi tentang qada, qadar dan kedudukan di antara keduanya (amr bayn al-amrayn).


Dalam hubungan ini juga dikatakan: Tidakkah setiap benda sudah ditetapkan kepada manusia oleh Tuhan sejak azali lagi? Atau adakah qada atau apa juga yang telah ditetapkanNya sejak azali dapat diubah sebagaimana manusia mula berubah sebagai hasil daripada usaha dan tindakan manusia? Dalam hal ini, kita membuat kesimpulan bahawa usaha dan tindakan pada sisi manusia pada hakikatnya mendatangkan kesan. Kita cuba menyelesaikan masalah ini dengan jalan berikut: ..Tuhan memberikan kuasa kepada manusia sejak azali untuk bebas membuat pilihan dan tindakan dan mencapai tujuannya menurut kehendaknya... Dalam hal ini kita juga membuat kesimpulan yang sama tentang doa dan kedudukannya seperti berikut: Tuhan adalah Kekal, maka KehendakNya adalah kekal dan KehendakNya yang tidak berubah yang menetapkan benda-benda berada dalam keadaan ..akan bersedia berubah.. dan tidak kekal dalam keadaan ..keberadaan... Dalam hal ini benda-benda wujud pada setiap ketika, satu keadaan baru akan muncul dan dalam proses yang berkesinambungan ini faktor pendahulu memainkan peranan penting. Sebagai contoh, dalam keadaan-keadaan tertentu kerja-kerja saya, atau doa, yang juga dianggap sebagai usaha saya, berkesan dan memainkan peranan yang penting, iaitu satu peranan atau tugas yang telah ditetapkan oleh Tuhan kepada kita sejak azali lagi.


Lantaran Tuhan adalah Kekal dan IlmuNya dan KehendakNya juga Kekal dan pada masa yang sama dan pada bila-bila masa, satu keadaan baru akan muncul di dunia ini, dan perbuatan manusia, kehendak dan doa memainkan peranan yang berkesan dan penting dalam hal tersebut. ..Semua yang ada di langit dan bumi selalu meminta kepadaNya. Setiap waktu Dia dalam urusan... (55: 29)


Jika anda mengalami kesusahan, janganlah anda susah hati. Janganlah meninggalkan kerja anda tetapi berusaha lebih keras dan memohon pertolongan Allah, kerana anda tidak akan menjangka akan adanya jalan yang akan mengeluarkan anda dari keadaan tersebut. ..Setiap waktu Dia dalam urusan (kekuasaanNya)... Maka bagaimanakah anda menganggap diri anda dikalahkan seratus peratus. Kemungkinan keadaan akan berubah pada hari esok yang memberikan keuntungan kepada diri anda.


Terdapat banyak keadaan-keadaan baru wujud yang disebutkan dalam al-Qur..an yang berlaku tetapi bertentangan dengan jangkaan manusia. Sebagai contoh, ketika Nabi Musa AS (20: 25-26) memohon pertolongan kepada Allah SWT; Nabi Zakaria AS memohon seorang putera (19: 19) dan sebagainya. Ia merupakan sebab yang memberi kesan sebagaimana sebab-sebab lain dalam hukum sebab-akibat secara alami. Misalnya Allah menetapkan kualiti-kualiti tertentu kepada cahaya, kepanasan, tenaga elektrik, graviti dan sebagainya atau menetapkan herba tertentu dengan kandungan kimia tertentu yang memberikan kesan penyembuhan ke atas sesuatu penyakit. Demikian juga Dia menetapkan peranan dan kesan tertentu dalam doa yang dapat memenuhi kehendak manusia. Keberkesanan doa tidak hanya pada kesan psikologi semata-mata. Secara psikologi doa mempunyai kesan yang banyak sama ada kesan yang diketahui atau tidak diketahui. Sebagai contoh, doa menghidupkan harapan, kekuatan, kehendak dan mengukuhkan potensi yang tersembunyi dalam diri manusia, malahan ia menggalakkan manusia mampu memikul tugas-tugas yang tidak dijangka dari dirinya. Tetapi al-Qur..an telah menerangkan keberkesanan doa yang meliputi aspek yang lebih besar daripada apa yang kita bincangkan di atas. Penjelasan yang terbaik tentang keberkesanan doa menurut al-Qur..an adalah seperti berikut: Doa adalah satu bentuk sebab yang mendatangkan akibat atau kesan; tidak semestinya psikologi seperti menguatkan semangat dan sebagainya...


Doa dalam agama-agama lain juga dianggap memberi kesan kepada kehidupan dan urusan manusia. Pandangan ini tidak hanya dibentuk dalam kitab-kitab agama semitik tetapi juga dalam kitab-kitab agama Aryan. Kitab Avesta menyatakan dalam hal ini: ..Oh, Mazda Ahura, kepada orang-orang yang Engkau anggap bijaksana, benar dan baik dalam agama, berikanlah kejayaan, kerana aku percaya bahawa menyatakan kehendak di hadapan Engkau akan mendatangkan hasil dan kejayaan demi keselamatan seseorang... (34: 10, Avesta)


Perbezaan asas antara pandangan-pandangan al-Qur..an dan Avesta dan juga lain-lain kitab agama ialah kitab-kitab agama selain al-Qur..an tidak menujukan doa kepada Yang Maha Pencipta alam ini seperti dalam doa berikut: ..Wahai Mazda! Ahura! Aku, Oh, Urdibehisht Aku Oh, Bahman! Semoga hamba-hambaMu yang baik tidak menyebabkan sebarang perkara yang Engkau tidak sukai membolehkan kami menyampaikan hajat kami kepadaMu. Engkaulah yang lebih berkuasa daripada semua manusia di dunia ini agar dapat memberikan kejayaan kepada orang-orang yang baik dan meninggikan kedudukan mereka di alam ruh... (34: 9, Avesta)


Terdapat banyak contoh seperti itu dalam kitab Avesta, tetapi dalam al- Qur..an doa dan memohon pertolongan hanya ditujukan kepada Tuhan semata-mata. Al-Qur..an menekankan bahawa kita hendaklah mengangkat tangan berdoa kepada Allah dan menjauhkan diri daripada mendapatkan pertolongan selain daripada Allah, kerana tuhan-tuhan lain tidak akan dapat melakukan sebarang perkara secara bebas. Mereka tidak akan dapat memberikan apa-apa kepada sesiapa juga dan juga tidak dapat mengambil sesuatu daripada sesiapa pun. ..Katakanlah: sesungguhnya aku hanya menyembah Tuhanku, dan aku tidak mempersekutkan sesuatu denganNya... (72: 20)


13. Tawhid Sebagai Ibadah:


Sebagaimana yang telah dibincangkan terdahulu, Tawhid dalam al-Qur..an menjadi asas kepada kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa dan Tawhid sebagai ibadah. Ia merupakan satu konsekuen yang logik dengan Tawhid dalam Penciptaan dan Perintah. Adalah jelas bahawa hanya kehendak dan perintahNya yang berlaku ke atas semua urusan di dunia ini misalnya penciptaan, pentadbiran dan kekuasaan dan setiap benda dan setiap orang bertindak dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Tiada satu benda yang bertindak bebas di dunia ini kecuali apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Apabila kita mengetahui bahawa semua sumber pergerakan adalah di bawah kekuasaan dan kehendak Tuhan seperti matahari, bulan, bintang, awan, angin, hujan, kilat, petir, tanah, air, jin dan malaikat dan sebagainya, maka menyembah dan memuji makhluk tersebut tersebut adalah satu perbuatan yang sia-sia.


..Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu Yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertaqwa. Dialah yang menjadikan bumi sebaga hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu, kerana itu janganlah kamu mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kamu mengetahui... (2: 21-22)


..Dan mereka (orang-orang musyrik) menjadikan jin itu sekutu bagi Allah, padahal Allahlah yang menciptakan jin-jin itu, dan mereka membohong (dengan mengatakan):..Bahawasanya Allah mempunyai anak lelaki dan perempuan.., tanpa (berdasarkan) ilmu pengetahuan) Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari sifat-sifat yang mereka berikan. Dia Pencipta langit dan bumi. Bagaimana Dia mempunyai anak padahal Dia tidak mempunyai isteri. Dia menciptakanm segala sesuatu; dan Dia mengetahui segala sesuatu. (Yang memiliki sifat-sifat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu... (6: 100-102)


..Dan sebahagian dari tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah bersujud kepada matahari dan janganlah (pula) kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah Yang menciptakannya, jika kamu hanya kepadaNya saja menyembah... (41: 37)


..Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingantandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagai mana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat siksaanNya (nescaya mereka menyesal)... (2: 165)


..Katakanlah:..Apakah kita akan menyeru selain daripada Allah, sesuatu yang tidak mendatangkan kemanfaatan kepada kita dan tidak (pula) mendatangkan kemudaratan kepada kita...... (6: 71)


Jika ibadah bermaksud merendah diri, cinta dan kehendak dari makhluk yang tidak memiliki kesempurnaan terhadap kesempurnaan, kecantikan, keagungan Wujud Yang Maha Sempurna, maka ia hendaklah ditujukan kepada Tuhan semata-mata, kerana Dialah yang wajib menjadi tumpuan kepada cinta dan kehendak yang sedemikian.


..Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah....(2: 165) ..Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai Hari Pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.... (1: 2-5)


Beriman kepada Tuhan Yang Esa Yang Maha Berkuasa, Pencipta, menjadi sumber kepada penciptaan yang mengatasi segala sesuatu, ditemui dalam kebanyakan agama, aliran-aliran falsafah dan mazhabmazhab sufi. Lebih lanjut, kebanyakan aliran fikiran dan agama, di samping percaya kepada Tuhan Yang Esa, juga berpandangan bahawa tidak ada wujud di dunia ini yang setanding dengan Tuhan, Pencipta mutlak. Seterusnya, Dia adalah Esa dan tidak ada sekutu bagiNya, tetapi konsep tawhid menurut al-Qur..an tidak hanya berhenti setakat itu sahaja tetapi al-Qur..an menyatakan bahawa Pencipta mutlak bukanlah Tuhan kepada tuhan-tuhan, tetapi Dia adalah sahaja Tuhan dan tidak ada Tuhan selain Dia. Justeru itu, dalam lain-lain agama, konsep beriman kepada keEsaan Tuhan tidak selari dengan penyembahan kepada banyak tuhan dalam ibadah yang mereka lakukan iaitu memohon pertolongan dan menyembah tuhan-tuhan lain yang mereka percayai. Tetapi menurut al- Qur..an, Tawhid dan pengiktirafan kepada Keesaan Tuhan menjadi bermakna hanya apabila ia diamalkan dan diterjemahkan ke dalam Tawhid dalam ibadah, doa, puji-pujian dan Tawhid dalam ketaatan.


..Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai Hari Pembalasan...Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan... (1:1-5)


Bagi memahami secara mendalam doktrin Tawhid dan ayat-ayat dalam Surah al-Hamd, kami membawa perhatian anda kepada petikan daripada kitab Avesta: ..O, Ahura Mazda! Anugerahkan kepadaku dengan rahmat Urdibehist yang memberikan manusia yang baik, kebajikan dalam dua dunia, alam fana dan baqa; aku dengan sifat yang baik mendekatinya... (Avesta, 32: 2,3)


O, Urdibehish aku memujiNya dan Bahman dan Mazda Ahura dan Sipant Armadh dalam akhlak yang baik kerana Engkau dan mereka yang telah melapangkan dan menghiaskan alam baqa kepada mereka yang baik. Dan aku memohon pertolongan dariNya apabila aku memerlukan pertolongan... O, Urdibehist limpahkan kepada kami segala rahmat, anugerah dan kurnia Goshtasp, O, Spinat Armadh, penuhilah kehendak dan keperluan kami... O, Urdibehisht, atau Tuhan anugerahkan kekuatan ke atas utusanNya.... (Avesta, 23)


Adalah benar bahawa ..Ahuramazda.. dianggap oleh Avesta sebagai Tuhan yang paling besar yang menjadi sumber kepada semua.., dan bukan Ahriman atau malaikat yang paling tinggi sama kedudukan denganNya. Tetapi dalam puji-pujian, doa dan memohon pertolongan, Ahuramazada[5], Brahman[6], Urdibehisht[7], Spinat Armadh[8], dan sebagainya juga merupakan tujuan kepada kehendak dan keperluan manusia. Tetapi al-Qur..an secara mutlak melarang segala bentuk ibadah dan doa ditujukan kepada wujud-wujud yang lain selain daripada Allah SWT.


14. Tawhid sebagai Penyerahan diri dan Ketaatan:


Ketaatan dari sudut pandangan al-Qur..an terdapat dua bentuk:
1. Ketaatan mutlak dengan penyerahan tanpa soal-jawab terhadap apa yang diperintahkan kepada manusia.
2. Ketaatan kepada mereka yang berhak untuk ditaati (wilayah) terhadap kita. Demi kepentingan kita dan umum juga dari sudut pandangan kecenderungan manusia amatlah penting untuk taat kepada wali bahawa Nabi-nabi as, Imam as dan pemimpinpemimpin yang mempimpin umat pada zaman keghaiban Imam Mahdi as menurut hadith-hadith yang sahih, ibubapa dan seterusnya. Syarat-syarat yang menyebabkan ketaatan kepada mereka wajib adalah mereka tidak menyeleweng daripada jalan keadilan dan syariah. Maka menjadi tugas dan tanggungjawab orang ramai meneliti tentang hal ini dan menjauhkan daripada mereka yang menyelewengn daripada hukum syariah dan zalim. Seterusnya ketaatan yang demikian bukanlah ketaatan mutlak. ..Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) al-Masih putara Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (9: 31)


Muhammad ibn Yaqub al-Kulaini (329H) dalam kitabnya al-Kafi, berkata bahawa: ..Beberapa orang sahabat-sahabat kami meriwayatkan daripada Abu Basir bahawa dia bertanya daripada Imam Sadiq as berkenaan dengan ayat-ayat Allah: ..Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah.. (9: 31)


..Imam berkata: Demi Allah, mereka (rahib-rahib yahudi dan orang alim kristian) tidak pernah menyeru (pengikut) mereka menyembah diri mereka kerana jika mereka menyeru mereka (pengikut), sudah tentu mereka membalas seruan mereka itu. Sebenarnya, mereka golongan rahib dan alim ini menyampaikan yang halal sebagai haram (mengikut kehendak diri mereka sendiri) dan begitu juga di sebaliknya...


Al-Kulaini juga memetik riwayat yang sama dengan rujukan kepada sumber lain di mana Imam as telah menegaskan perkara berikut:

..Demi Allah, mereka (penganut Kristian) tidaklah berpuasa kerana rahibrahib mereka atau beribadah kerana mereka tetapi sebenarnya mereka mengikuti mereka (para rahib) dengan taqlid buta apabila rahib-rahib mereka mengeluarkan hukum yang haram sebagai halal dan yang halal sebagai haram... (2: 53)


Para mufassirin Syiah secara umum menafsirkan ayat Qur..an ini merujuk kepada hadith yang sama. Imam Fakhr al-Razi (543 atau 4-406H) juga dalam tafsirnya al-Kabir menulis: ..Ketahuilah Allah SWT menggunakan perkataan ..ittakhidzu.. (mereka telah mengambil) menerangkan bahawa golongan Kristian dan Yahudi telah melakukan perbuatan syirik. Ada beberapa isu yang dapat dipertimbangkan dalam ayat ini seperti berikut: Isu pertama.... Isu kedua: Kebanyakan mufassirin berpegang bahawa istilah ..Arbaban..(Tuhan-tuhan) yang terdapat dalam ayat ini bukan bermaksud orang alim dan rahib-rahib tetapi ia merujuk kepada pengikut yang berada di bawah mereka yang menerima secara taqlid buta apa sahaja yang mereka katakan. Ada sebuah hadith tentang dengan Adim bin Hatam [9] bahawa ketika beliau masih lagi seorang Kristian, pada suatu hari datang bertemu Nabi SAWAW dan Nabi SAWAW membacakan Surah al- Baqarah (2: 165). Apabila beliau SAWAW sampai kepada ayat ini, ..Adi Berkata.. Aku berkata kepada Nabi SAWAW bahawa kami tidak menyembah mereka. Nabi SAWAW berkata: tidakkah mereka mengiystiharkan yang halal sebagai haram dan tidakkah anda mengisytiharkan perkara yang sama? Adi berkata: ..Benar... Kemudian Nabi SAWAW berkata bahawa hal itu sama seperti menyembah mereka. Al-Razi berkata: Aku berkata kepada Abu al-Aliyyah apakah perkara yang menjadi kebiasaan rahib-rahib dan orang alim di kalangan Bani Israel sehingga mereka dianggap sedemikian rupa? Dia menjawab: Apabila mereka menemui sesuatu dalam Kitab Suci yang bertentangan dengan kata-kata yang diucapkan oleh rahib-rahib dan orang alim, mereka menerima apa yang dikatakan oleh para rahib dan orang alim dan menolak apa yang terkandung dalam Kitab Suci... 916: 36, 37,. Tafsir al-Kabir).




1 2 3 next