Ahlulbait Nabi di dalam Al-quran da Sunnah



“Dan didengar oleh telinga yang mahu mendengar.”(Qs:Al:Haqqah:12)

Sesungguhnya Rasulullah s. ‘a.w membaca ayat di atas, dia pun berpaling kepada ‘Ali ‘a.s dan bersabda:”Aku meminta kepada Allah supaya menjadikan pendengaran itu pada telinga ‘Ali. Kemudian ‘Ali berkata: “Tiada sesuatu apapun yang aku dengar dari Rasulullah yang aku lupakannya.( Diriwayatkan oleh Ibn Jarir dalam mentafsirkan ayat tersebut; al-Zamakhshari dalam Tafsir al-Kashshaf dalam mentafsirkan ayat tersebut; al-Haithami dalam Majmu’, Jld.9, h. 231; al-Suyuti dalam al-Durr al-Manthur; Kanz al-Ummal, Jld. 6.h.408; dan al-Wahidi dalam Asbab al-Nuzul).

Al-Wahidi merekodkan dalam Asbab an-Nuzul satu rangkaian perawi hadith daripada Buraidah: bahawa Rasulullah s. ‘a.w berkata kepada ‘Ali: “Sesungguhnya Allah menyuruh aku supaya menghampirimu dan tidak menjauhkan kamu, dan meminta supaya aku mengajar kamu dan menyedarkan, dan berhak bagi Allah menyedarkan kamu” lalu turunlah ayat.

 

6. Firman Allah: Ertinya:

 “Mereka yang beriman dan beramal soleh, Allah akan menanamkan dalam hati mereka rasa kasih saying.”(Qs:Maryam:96)

Sesungguhnya Rasulullah bersabda kepada ‘Ali,

 maksudnya: “Wahai ‘Ali katakan: “Ya Allah! Jadikanlah bagi suatu perjanjian di sisiMu dan jadikanlah diriku dikasihi di hati orang-orang yang beriman, lalu Allah menurunkan ayat di atas kepada ‘Ali ‘a.s.

(al-Zamakshari, al-Kashshaf; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur dalam mentafsirkan ayat di atas; al-Haithami dalam Majmu’, jld.9, h.125; al-Riyadh al-Nadrah; Jld.2, h. 102; Ibn Hajar, al-Sawa’iq al-Muhriqah, h. 102).



back 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next