Ahlulbait Nabi di dalam Al-quran da Sunnah



Ia berkata: bahawa akhir ayat ini adalah mengenai ‘Ali bin Abi Talib r.d kerana dialah yang memberikan cincinnya kepada orang yang memintanya ketika ‘Ali sedang rukuk dalam solatnya. Beberapa kitab tafsir dan hadith juga telah menyebutkan tentang turunnya ayat ini kepada Imam ‘ali, kami tinggalkan huraian yang panjang lebar mengenai perkara ini dan kepada para pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut sila rujuk kepadanya.

 

Selain daripada itu banyak ayat-ayat al-Qur’an yang menceritakan tentang maqam Ahlul Bayt, karamah dan keagungan peribadi mereka khususnya mengenai bapa keturunan yang suci Imam ‘Ali ‘as, tetapi dalam ruangan yang terhad ini tidak dapat disebutkan kesemuanya. Para pembaca boleh mendapati dalam kitab-kitab tafsir, manaqib, hadith dan sejarah rasul dalam bab-bab mengenai sebab-sebab turunnya (ayat al-Qur’an). Di antaranya ayat-ayat itu ialah:

 

Maksudnya: “Sesungguhnya kamu pemberi peringatan dan bagi tiap-tiap kaum ada yang memberi petunjuk.” Ada hadith (menyatakan) bahawa Rasulullah s. ‘a.w meletakkan tangannya di atas dadanya dan bersabda, maksudnya: “Aku adalah pemberi peringatan dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk kemudian baginda menudingkan tangannya keapda Imam ‘Ali ‘a.s dan bersabda, maksudnya: “Kamu yang memberi petunjuk Wahai ‘Ali melalui kamu orang-orang yang sesudahku akan menerima hidayah.( Mustadrak al-Sahihaini, Jld.2, h.129; Kanz al-Ummal, d.6.h.157. al-Tabrani menyebutkannya dalam tafsirnya, al-Razi dalam Tafsir al- Kabir, al-Suyuti dalam al-Durr al-Manthur dalam mentafsirkannya ayat di atas)

 

2. Firman Allah: Maksudnya:

 “Apakah orang yang beriman seperti orang yang fasiq, mereka tidak sama.” (Qs:Assajdah:18)

Sesungguhnya yang mukmin (dalam ayat di atas) ialah ‘Ali ‘a.s manakala yang fasiq ialah al-Wahidi bin Uqbah.( Ibn Jarir menyebutkan dalam tafsirnya; al-Suyuti dalam al-Durr al-Manthur, al-Zamakhshari dalam al-Iashshaf di atas mentafsirkan ayat di atas; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, h.263; Tarikh al-Baghdad dan Riyadah al-Nadrah).



back 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next