Ahlulbait Nabi di dalam Al-quran da Sunnah



1.  Ayat al-Wilayah

 

Maksudnya: “Sesungguhnya wali kamu hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat dan mereka tunduk (kepada Allah) dan barangsiapa yang menjadikan Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang.” (Al-Maidah: 55)

 

Al-Zamakhshari menyebutkan dalam Tafsir al-Kashshaf seperti berikut: bahawa sesungguhnya ayat (di atas) diturunkan pada ‘Ali k.a.w ketika ada seorang meminta kepada (‘Ali) yang sedang rukuk dalam solatnya, lalu Ali campakkan cincinnya yang terus meluncur dari anak jarinya, jadi untuk mencabut cincinnya, ‘Ali tidak melakukan banyak pergerakan sehingga boleh membatalkan solatnya. Jika kamu bertanya macam mana boleh bahawa (ayat) itu mengenai ‘Ali sedangkan lafaznya adalah lafaz jamak () Aku jawab: didatangkan dengan lafaz jamak walaupun sebabnya seorang sahaja ialah untuk mengalakkan orang supaya meniru perbuatannya (‘Ali) dan mendapat ganjaran pahala sepertinya, dan untuk memberi ingatan bahawa tabiat mukmin wajib menuju ke matlamat ini iaitu memelihara kebaikan dan ihsan seperti mengambil perhatian terhadap orang-orang faqir, sehingga memaksa mereka untuk (melakukan) sesuatu yang tidak boleh dilambatkan walaupun dalam keadaan mereka sedang solat, tidak boleh dita’khirkan hingga selesai sembahyang.

 

            Al-Wahidi menyebutkan dari al-Kalbi mengenai sebab-sebab turunnya ayat ini:

 



back 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next