Ahlulbait Nabi di dalam Al-quran da Sunnah



           Sesungguhnya maqam (Ahl Bayt) adalah menunjukkan perbedaan yang ketara antara golongan beriman daripada golongan syirik dan mereka yang menzahirkan keimanan adalah pembela agama dan pemimpin umat dan sesuci jiwa yang telah dihapuskan kekotoran daripada mereka dengan sebersih-bersihnya, maka doa mereka tidak ditolak dan tidak satu kalimah yang didustakan. Dari sini kita dapat memahami bahawa apa juga yang sampai kepada kami daripada Ahl Bayt sama ada dari segi pemikiran, syariat, hadith, tafsir, hidayat dan arahan adalah berjalan mengikut landasan, dan sikap ini, iaitu (Ahl Bayt) adalah yang benar dari segi keutuhan, perjalanan hidup dan peraturannya. (Ahlulbait disini diartikan sebagai org yg suci yaitu Ali , Fatimah, Hasan Husein,  lihat al-Zamakhshari, al-Kashshaf, Surah Al-Imran, ayat 61, begitu juga dalam Tafsir al-Tha’labi daripada Mujahid dan al-Kalbi).

4.       Ayat Al Shalah : Qs: 33: 56

       Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya bersalawat ke atas Nabi s. ‘a. w. Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkan salam dengan sebenarnya.”(al-Ahzab: 56)

Al-Fakhr al-Razi telah merekodkan dalam Tafsir al-Kabir sebuah hadith dari Rasulullah s. ‘a.ww dalam menguraikan ayat ini, katanya: Nabi ditanya: “Bagaimana kami nak bersalawat ke atas kamu wahai Rasulullah s. ‘a. w.” Nabi s‘a.w menjawab:katakanlah:

 Sebelum dikemukakan nas ini, dibentangkan huraian ayat-ayat ini, kemudian al-Fakhr al-Razi berkata: (Hadith) ini menjadi dalil bagi Mazhab Syafi’i kerana (fi’il) amar adalah sebagai perintah wajib19, maka wajiblah bersalawat ke atas Nabi s. ‘a. w dan tidak diwajibkan pada selain Dalam kitab al-Durr al-Manthur oleh al-Suyuti (Hadith) dikeluarkan oleh Abdul Razak, Ibn Abi Syaibah, Ahmad,daripada tasyahhud maka wajiblah bersalawat pada masa tasyahhud.

Dalam kitab al-Durr al-Manthur oleh al-Suyuti (Hadith) dikeluarkan oleh Abdul Razak, Ibn Abi Syaibah, Ahmad, an-Nasai, Ibn Majah dan Ibn Mardawaih daripada Ka’ab bin Ajrah, berkata: Seorang lelaki bertanya; “Wahai Rasulullah, ada pun cara mengucapkan salam kepadamu kamu sudah tahu, maka bagaimana bersalawat ke atasmu.” Rasulullah menjawab ucaplah:

Terdapat lapan belas hadith selain daripada riwayat-riwayat yang menyertakan (Keluarga Nabi s. ‘a. w bersama dengan Nabi s. ‘a. w dalam mengucapkan salawat seperti yang diriwayatkan oleh pengarang (kitab) al-Sunan dan al-Jawami’ daripda beberapa sahabat-sahabat antaranya; Ibn Abbas, Talhah, Abu Sa’id al-Khudri, Abu Hurairah, Abu Mas’ud al-Ansari, Buraidah, Ibn Mas’ud, Ka’ab bin Umrah dan ‘Ali as dalamnya dikeluarkan oleh Ahmad dan al-Tirmizi daripada Hasan bin ‘Ali bahawa Rasulullah s. ‘a.w bersabda: “Orang yang bakhil ialah orang yang apabil disebutkan salawat di sisinya maka dia tidak akan bersalawat ke atasku.”21 Begitulah ulama feqah berpendapat tentang wajibnya bersalawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad s. ‘a.w dalam tahiyyat sembahyang22 dan wajibnya menyebutkan Al Muhammad dalam solat. Al Muhammad disini adalah (Ali, Fatimah , Hasan Husein)

 



back 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next